Kami menjemput organisasi anda untuk menghantar pencalonan ke Anugerah Stevie® 2025 (tahun ke-10) untuk Majikan Hebat, penghormatan tertinggi untuk pencapaian sumber manusia, pasukan dan profesional, dan produk dan perkhidmatan baru, dan pembekal, yang membantu membuat dan memandu tempat yang bagus untuk bekerja.
Jika anda ingin menerima kit kemasukan yang memaparkan arahan lengkap tentang bagaimana untuk menyediakan dan mengemukakan pencalonan anda, masukkan alamat emel anda di sini dan kami akan menghantarkannya kepada anda. Kami mempunyai polisi privasi yang ketat dan tidak akan mengongsikan alamat emel anda dengan sesiapa pun tidak kira apa alasan pun.
Ini adalah satu-satunya halaman di laman web ini yang anda akan lihat dalam bahasa ini. Halaman-halaman lain adalah dalam Bahasa Ingerris, seperti dalam kit kemasukan. Ini adalah kerana kami memerlukan pencalonan dikemukakan dalam Bahasa Ingerris, agar perniagaan professional seluruh dunia boleh mengambil bahagian dalam proses pengadilan. Berikut merupakan panduan ringkas tentang anugerah-anugerah, syarat-syarat penyertaan, dan juga manfaat penyertaan. Jika anda membuat keputusan di mana organisasi anda akan mengemukakan pencalonan kepada anugerah, anda diingatkan bahawa pencalonan anda perlu disediakan dalam bahasa Ingerris.
Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat adalah satu-satunya program anugerah global yang mengiktiraf sumber manusia professional dan majikan hebat di dunia. Organisasi Anugerah Stevie yang menghadiahkan anugerah ini, adalah dari Amerika Syarikat. Kami adalah pengajur untuk lapan pertandingan Anugerah Stevie yang berlainan, di mana anda boleh ketahui lebih lanjut di www.StevieAwards.com. Piala Anugerah Stevie telah menjadi antara hadiah yang paling diingini di seluruh dunia.
Pada tahun 2024, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat diberikan kepada organisasi dan individu dari lebih dari 28 negara. Klik di sini untuk melihat senarai pemenang dalam edisi 2024.
Terdapat enam jenis kategori anugerah untuk dipilih dalam Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat. Jika anda memilih untuk mengambil bahagian, anda perlu memilih kategori yang padan dengan pencapaian yang organisasi anda inginkan untuk diiktiraf dan sediakan pencalonan anda berdasarkan arahan untuk kategori-kategori tersebut. Antara jenis kategori-kategori yang tersedia adalah seperti berikut:
Sebuah senarai dan huraian kategori-kategori ada di dalam kit kemasukan
Dalam semua kategori, anda mempunyai pilihan untuk menyediakan jawapan bertulis kepada soalan-soalan, atau pun video sehingga 5 minit panjang untuk menjawab soalan-soalan.
Anugerah Stevie mempunyai wakil-wakil di banyak negara. Wakil-wakil ini akan memberikan maklumat dan membantu organisasi di negara-negara tersebut untuk menyertai anugerah ini. Untuk lihat sama ada terdapat wakil di negara anda, klik sini.
Anda juga boleh menghubungi penganjur di alamat berikut:
The Stevie Awards
10560 Main Street, Suite 519
Fairfax, Virginia 22030, USA
Telefon: +1 703-547-8389
Fax: +1 703-991-2397
Emel: help@stevieawards.com
Share